Help & Support Register Login
AA

Malaysian Training Tour

Johor Training

 

Di penghujung tahun 2016, khususnya pada bulan November dan Disember beberapa siri latihan secara percuma untuk NGO telah dijayakan di beberapa lokasi berlainan dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia. Siri-siri latihan ini adalah bertujuan membantu menyampaikan “technology knowledge” yang membolehkan NGO menggunakannya untuk membangunkan organisasi mereka. Pelbagai cabaran dan manfaat secara peribadi diperolehi sepanjang penganjuran siri latihan ini.  Namun pengalaman ini amat istimewa.

 

Pengalaman yang istimewa adalah ketika saya menerima kehadiran seorang peserta OKU penglihatan di Sarawak. Sepanjang tempoh latihan pelbagai idea dan kreativiti digunakan untuk memastikan penyampaian maklumat adalah tepat kepada para peserta khususnya OKU penglihatan ini. Sudah tentu beliau adalah tumpuan utama dalam setiap topik agar kefahaman dan gambaran yang diperolehi adalah sama dan selari dengan rakan peserta yang lain.

Untitled design (6).png

 

Terkini! Microsoft menyediakan bantuan artificial intelligent. Ia merupakan teknologi spek hitam dengan sistem suara yang menolong menafsir gambar atau apa jua aktiviti di hadapan pengguna. Software ini amat membantu OKU penglihatan. Syabas kepada Microsoft kerana teknologinya mampu dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja walaupun anda seorang insan istimewa.

Berikut adalah penganjuran aktiviti pada November dan Disember 2016:

  • 16 Nov  – Technology Basics for NGOs in Johor Bahru, Johor
  • 9 Dis  – Technology Basics for NGOs in Kuching, Sarawak
  • 21 Dis – Technology Learnings for NGOs @ Pearl International Hotel, Kuala Lumpur

Topik yang dikongsi oleh saya di Johor dan Sarawak adalah berkaitan internal dan external communication. Kami menerangkan dan menyediakan demo penggunaan Trello Board dan Skype untuk internal communication dan saya turut menerangkan topik Canva, Pixabay dan Mailchimps untuk external marketing.

Manakala bagi latihan di Lembah Klang menyaksikan empat orang penceramah telah membincangkan topik yang lebih pelbagai. Encik Muhammad Faiz Mohd Nor (Bintara Solution) menceritakan kelebihan cloud system khususnya kepada NGO. Dr. Kalai Anand (Pensyarah di Asia Pacific University) menunjukkan demo salah satu penggunaan cloud dalam mencipta website NGO sendiri. Selain itu, Encik Tennyson Lee, daripada We Care Community Berhad telah menyentuh isu hangat dalam kalangan NGO, iaitu pencarian dana. Beliau telah membantu NGO-NGO yang diwakili oleh peserta untuk menyediakan platform fundraising yang sangat fleksibel.  Cik Elizabeth Liew daripada TechSoup Global juga turun padang untuk menceritakan peluang dan perkembangan TechSoup di Malaysia manakala saya sendiri  menerangkan tentang peluang untuk Software Donation Program yang ditawarkan oleh TechSoup Asia Pacific.

 

events malaysia.png

 

Kami telah mencatatkan jumlah penyertaan seramai 17 peserta di Johor dari 16 NGO, 33 peserta di Sarawak dari 19 NGO dan 19 peserta di Lembah Klang dari 13 NGO.  Melalui maklumbalas yang amat positif dan menggalakkan, kami merancang untuk meneruskan lagi siri-siri latihan seperti ini . Sehingga berjumpa lagi. Stay tuned!